Saturday, May 3, 2008

Wujud Majlis Muafakat Melayu

JOHOR BAHARU - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menerusi Kongres Permuafakatan Melayu di sini semalam mencadangkan supaya satu majlis atau badan khas diwujudkan bagi menjaga hak-hak dan masalah orang Melayu.

Ketua I Gapena dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Kongres Permuafakatan Melayu, Tan Sri Prof. Emiritus Ismail Hussein berkata badan itu dengan nama 'Majlis Muafakat Melayu" (3M) bukan sekadar menjaga kepentingan ekonomi bahkan mencakupi aspek budaya orang Melayu sekali gus mengelakkan masalah perkauman.

"Kalau 200 badan bukan kerajaan yang terlibat dalam kongres ini dapat bagi sokongan, maka pada saya usaha untuk mewujudkan majlis khas atau badan ini akan berjaya," katanya berucap pada majlis perasmian kongres berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor, di sini malam tadi.

Kongres bertemakan "Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa" diadakan selama tiga hari berakhir Ahad ini, menghimpunkan lebih 1,000 peserta daripada 200 badan-badan Melayu dari seluruh negara.

No comments: