Thursday, April 30, 2009

Mat Sabu akan halang Husam Musa ?



Sebaik sahaja bertiup wisel bermulanya Mesyuarat Agung PAS setiap kawasan yang akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, ianya memberikan gambaran bagaimanakah rupa dan raut wajah pimpinan atasan parti islam itu nanti…..


Kalaulah Almarhum Ustadz Fadzil Noor masih ada, apakah tetap akan berlaku berkabilahnya pimpinan parti islam negara kita ini? Kini, umum tahu bahawa dalam pucuk pimpinan PAS sendiri terbahagi kepada dua puak iaitu pro Anwar yang dilabelkan sebagai Erdogan dan pro ulamak yang pernah dikaitkan dengan team Muzakarah.

Yang menariknya disini bila muncul satu nama yang tidak langsung dilihat sebagai memihak mana mana kumpulan tersebut. Seorang “populis” PAS dimana namanya pasang surut, kadang kala menang jadi YB kadang kala tewas, Mat Sabu yang turut dicalonkan sebagai orang nombor dua parti tersebut, jawatan Timbalan Presiden.

Dalam pertembungan ini, pemerhati politik melihatkan Datuk Husam Musa yang dilabelkan sebagai penganut fahaman Anwarisme akan cuba merampas kerusi nombor parti itu daripada Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Namun begitu, kemunculan Mat Sabu ditafsirkan sebagai strategi untuk mengganggu gugat peluang untuk Husam melaksanakan impian Anwar Ibrahim untuk “menguasai” PAS?

Mat Sabu tidak dilihat sebagai pro Anwar. Blogmaster pernah hadir ke ceramah beliau seminggu selepas Anwar dipecat, dan beliau tidak mahu mengulas tentang pemecatan Anwar ketika itu. Malah sewaktu Malaysiakini tv menemuramahnya bertanya apakah pandangan beliau diatas rancangan 16 Sept Anwar, Mat Sabu tergelak nakal sudah cukup melihatkan sejauh mana kepercayaannya terhadap Penasihat PKR yang bakal menghadapi pembicaraan kes LIWATnya tak lama lagi...

Apakah tujuan Mat Sabu membuka kisah kisah dalaman PAS Kelantan yang didedahkan oleh sebuah laman blog baru baru ini? Anda boleh baca dan nilaikan sendiri, sila klik disini.

Bukankah PAS Kelantan dikendalikan oleh Datuk Husam Musa?

Seorang Sahabat Blogger juga ada menyiarkan sebuah berita pertemuan secara eksklusif Bloggers Anti Pembangkang yang berpeluang mencungkil cerita-cerita dalam kain PAS dari beberapa pimpinan PAS itu sendiri, baca disini.

No comments: