Anwar dikatakan perlu kuatkan grip nya dalam parti itu kerana beliau memerlukan sokongan Melayu.Ini kerana parti PKR tidak ada identiti Melayu.Penasihat PKR itu tahu sangat tanpa kekuatan itu beliau rasa agak kabur nak mimpi laluan ke Putrajaya.

Puak Erdogan dikatakan tidak akan kacau Haji Hadi tapi dua tunjang utama Presiden PAS itu Ustaz Nasha dan Datuk Mustapha Ali mesti kena kasi bungkus .

Selain Timbalan Presiden mereka juga mengintai jawatan Naib Presiden PAS.

Dalam keadaan Tok Guru Nik Aziz backing Erdogan habis-habisan menerusi Datuk Husam Musa makanya Haji Hadi ada kemungkinan jadi Presiden PAS ‘ tanpa sayap’.

Sebab itu ramai yang memerhati setiap perkembangan dalam PAS sekarang.

Dari jumlah yang ramai nak masuk jawatan Timbalan Presiden dan sudah dapat baca ada yang sedang mengelegak.

Ustaz Azizan MB Kedah sudah kata nak masuk Timbalan Presiden,begitu juga Mat Sabu manakala Husam dikatakan masih buat macam ‘agak-agak’.

Puak Erdogan memang tak senang dengan Ustaz Nasha kerana cop dia sudah berunding nak naik-baik dengan UMNO.

Jadi jangan hairan kalau dengar tune Haji Hadi pun dah berubah pasal bab nak berbaik-baik dengan UMNO menjelang pemilihan PAS ni.

Alasan yang dibagi kerana sudah ada perubahan pimpinan dalam UMNO yakni Datuk Najib.

Ikut ceritanya Presiden PAS itu dah tak ada pilihan untuk berdepan dengan kemaraan puak Erdogan.

Apa yang setengah-setengah ahli PAS kedengaran merungut ialah soal agenda Anwar kini yang jadi hal utama sekarang dan bukan lagi prinsip asal perjuangan parti