

MENGAMBIL kesempatan kesabaran Melayu dan mengejar populariti - itulah ungkapan tepat terhadap ahli politik sama ada daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang sengaja mengejar populariti dengan membangkitkan isu-isu sensitif di dalam media untuk tatapan umum.
Apabila ahli politik begitu ghairah mengeluarkan kenyataan untuk menonjolkan diri maka kebanyakan kenyataan terarah kepada mendapat perhatian media dan publisiti tanpa menghiraukan faktor-faktor sensitif yang mampu mengganggu gugat kestabilan negara.
Sejak kebelakangan ini isu ketuanan Melayu rancak dibangkitkan oleh beberapa orang ahli politik seperti Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Datuk Ong Tee Keat dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Kenyataan mereka sungguh tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mahu dijadikan bahan untuk menutup kelemahan dan kesilapan masing-masing.
Mangsa kepada kenyataan itu adalah orang Melayu. Kedudukan dan kesabaran Melayu dicabar dan diuji. Selain itu pengorbanan Melayu untuk berkongsi kuasa mentadbir negara di bawah nama perpaduan langsung tidak dihargai.
Beberapa pemimpin masyarakat Cina dan
Pelbagai isu lain seperti tentang pembangunan, kemajuan ekonomi pelbagai bangsa boleh diketengahkan dan bukannya yang berkaitan dengan hal-hal sensitiviti Melayu.
Dalam konteks
Kenyataan ketua Pakatan Rakyat yang menyokong keberkesanan institusi raja- raja untuk dijadikan sebagai teras kepada pemuafakatan dan penyatuan rakyat wajar dicontohi oleh pemimpin pakatan yang lain. Membangkitkan isu sensitif berkaitan Melayu seumpama "menjolok sarang tebuan".
Hal ini pastinya akan merugikan semua pihak sekiranya berlaku huru-hara disebabkan hilangnya kesabaran orang Melayu akibat daripada kenyataan yang mengguris perasaan Melayu. Jadikanlah peristiwa pertumpahan darah 13 Mei, tragedi Mumbai dan rusuhan di
Selain itu orang Melayu juga muak dengan tindakan ahli-ahli politik tertentu yang mempertikaikan serta memperbesarkan isu-isu berkaitan ISA. Mengapa pemimpin seperti ini perlu mempersoalkan undang-undang yang ditubuhkan oleh kerajaan? Ugutan untuk keluar parti komponen sekiranya tuntutan tidak dituruti merupakan senario politik kebudak-budakan.
Dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, peraturan seperti ISA amat diperlukan. Sedangkan Amerika Syarikat juga turut mempunyai penjara Teluk Guantanamo dan mengapa tiada siapa yang serius dalam mempersoalkan perkara tersebut?
Dalam aspek politik, setiap kenyataan dan perbuatan perlu dilakukan dengan bijak kerana rakyat kini sudah matang dalam menilai keberkesanan dan keikhlasan seseorang ahli politik. Bagi sebuah negara yang berbilang kaum, fokus berpolitik seharusnya kepada membina masyarakat
Sebagai badan yang tidak bermotifkan politik namun aktif memperjuangkan penglibatan Melayu dalam perniagaan dan pembangunan ekonomi, Perdasama merasakan amalan memandang ringan sensitiviti orang Melayu ini mampu mengundang huru-hara yang akan merugikan golongan pedagang dan pengusaha semua bangsa.
Kerajaan seharusnya mengambil langkah segera bagi menghalang perkara seperti ini daripada merebak seterusnya menjadi barah yang akan merosakkan perpaduan dan keamanan negara.
No comments:
Post a Comment