Thursday, May 1, 2008

Tun Mahathir Menjadi Bloggers?

"


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang.

Mantan perdana menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pindaan perlembagaan sedangkan kerajaan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen.


Dalam tulisan sulung di blognya "Dr Mahathir Mohamad" (www.chedet.com), beliau berkata pindaan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi ahli parlimen pembangkang.

"Apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan pembangkang berkenaan isu ini, dan menunjukkan kelemahan mereka (kerajaan) sendiri?

"Adakah ia akan memulakan quid pro quo (sesuatu untuk sesuatu), tawar-menawar dengan pembangkang? Tentu menarik melihat bagaimana PM bercadang mengendalikan hal ini."

edyes wrote:

Tidak hairanlah kalau dikatakan blog memainkan peranan yang sangat besar industri maklumat di negara ini. Sehingga tokoh yang sangat terkenal dan sangat digeruni (suatu masa dulu) telah membuka blognya sendiri.

Masih ingatkah kita bahwa tokoh ini jugalah yang menghentam dan memperlekeh bloggers sewaktu berkuasa dahulu. Cuma pada waktu itu, medium blog masih belum berleluasa.

Khairy J. juga pernah menggelar bloggers sebagai 'rubbish'. Mungkin sikit masa lagi KJ juga akan menjadi bloggers bagi menegakkan benang yang basah.

Mengapa Bloggers hidup ?

Kerana maklumat di arus perdana sejak dulu lagi tidak menyampaikan berita dengan telus dan benar sebaliknya penuh dengan penipuan yang terancang!

bagi yang berminat, sila layari blog Tun Dr. Mahathir atau nama penanya che det

No comments: