Friday, May 2, 2008

Ezam Mohd Nor - Anwar khianat Melayu?

SUNGGUHPUN kata-kata Ezam Mohd Nor dalam tabloid Siasah 27 Mei 2008 - 3 Mei 2008 sebenarnya adalah "Anwar tiada agenda pertahankan orang Melayu" tetapi ini sebenarnya adalah gambaran sikap pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap orang Melayu hanya kerana kerakusan beliau untuk mengambil kuasa pemerintahan di negara ini. Dengan lain perkataan " Anwar menjual hak orang Melayu" semata-mata untuk kepentingan tersendiri.

Orang Melayu kena sedar hakikat ini. Kalaupun kepimpinan UMNO leka, tersalah catur ataupun berdosa dengan perbuatan rasuah, nepotisme dan kronisme adakah kita orang Melayu sepatutnya dihukum sebegini rupa sehingga hak yang kita pertahankan perlu digadaikan.

Hak orang Melayu sepatutnya tidak ditarik semata-mata kerana kita marahkan kepimpinan UMNO. Orang Melayu perlu bangkit mempersoalkan tindakan Anwar Ibrahim yang mirip atau menyerupai slogan "Malaysian Malaysia" dengan konsep konon-kononnya Ketuanan Rakyat. Ini sebenarnya hasrat Democratic Action Party atau DAP.

Adakah ini sebenarnya wajah Anwar Ibrahim ? Sanggup menyelongkar khazanah turun menurun Melayu untuk digadaikan kerana undi dan kerakusannya untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Adakah Anwar dalam usaha ini menjanjikan ketuanan Cina untuk menyokong diri sebagai Perdana Menteri?

Kita tahu DAP kini semakin ganas dalam mencatur politik di negeri-negeri yang dimenangi. Kita sedar hari ini kuasa-kuasa mutlak negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak sedang dipegang oleh DAP. Oleh itu mana hak kita sebagai orang Melayu?

Kedudukan hari ini amat berbeza dan Anwar sendiri sudah menunjukkan sikap sebenarnya dalam politik. Ada laman web yang menukar slogan Anwar Ibrahim dari suara keramat kepada suara Anwar dalam menentukan negara kita ini. Anwar Ibrahim hari ini sibuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Negeri yang di tawan oleh Pakatan Palsu Rakyat turut kini memperjuangkan bangsa laini kononnya untuk membela seadil dalam Malaysia berstruktur masyarakat majmuk.

No comments: