Thursday, May 1, 2008

Nik Aziz harap siaran langsung diteruskan

KOTA BHARU 1 Mei – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Kementerian Penerangan meneruskan siaran langsung sidang Dewan Rakyat walaupun ia hanya memaparkan lebih banyak kekecohan.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, siaran langsung itu ada kebaikannya kerana melaluinya rakyat dapat menilai baik buruk tindakan dan peri laku wakil-wakil yang mereka pilih dan berikan kepercayaan.

‘‘Siaran langsung sidang patut diteruskan. Walaupun gelagat wakil rakyat teruk sangat, pada hari permulaan, itu mereka punya pasal.

‘‘Rakyat boleh menilai, bahawa inilah orang yang aku undi. Kalau mereka tidak berpuas hati dengan perangai mereka, undi orang lain pula,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelepasan ekspedisi Perdana Properd Kelantan 2008 di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam akan dikaji semula berikutan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang semalam

No comments: