Thursday, May 1, 2008

Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu

Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?Sememangnya ada kelihatan keuzuran Melayu biarpun di tanah air sendiri. Melayu perlu mempertahankan hak baik dari segi ekonomi mahupun politik. Pertahanan hak ini perlu agar Melayu, bukan menjadi tuan di negara ini tetapi mempunyai kekukuhan kedudukan . Hari ini bukan sahaja ketirisan malah apa yang di genggam baik kuasa politik mahupun ekonomi kini dipegang oleh kaum lain. Pegangan inilah yang pernah kita rujuk sebagai Melayu Dalam Bahaya dan pegangan ini secara kolektif terhakis memungkinkan Ketuanan Cina melampaui Ketuanan Melayu.Adakah kenyataan itu salah? Adakah kenyataan itu melampau? Takutkan kita pada kenyataan sebenarnya mengenai ketuanan bangsa lain melampaui bangsa kita? Bukankah telah disebarkan statistik mengenai pendapatan purata orang Melayu jatuh di tempat tercorot berbanding dengan Cina dan India. Itu belum dikira pula kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu yang melangkau melebihi kaum lain di Malaysia.
Bukankah kita patut akui bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan dan terdapat kepincangan dalam sosiopolitik dan ekonomi negara ini maka kemungkinan-kemungkinan kegusaran antara kaum akan berlaku? Ini adalah fakta berhemah yang pernah di ulas dan mempunyai jelas kebenarannya.Hari ini kita pula disergah dengan pemilikan bangunan di Malaysia yang kebanyakannya adalah milik kaum lain. Adakah kita masih mahu berselimut untuk tidak menyakitkan hati sesiapa lalu diam membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah “survival” bangsa dan ini hakikat yang memerlukan kita untuk mempertahankan hak agar – BUMI DIPIJAK BUKAN MILIK ORANG.Ketuanan Rakyat anjuran sesetengah pihak adalah kenyataan politik menjual hak Melayu. Tindakan mahu juga membicarakan ketuanan, terlampau angkuh mahukan kuasa maka ketuanan rakyat dilemparkan untuk mengelirukan sedangkan isu ketuanan rakyat ini bukan satu isu pokok kerana itu adalah asas prinsip demokrasi. Ketuanan Melayu adalah persoalan hak, persoalan kedudukan orang Melayu dan persoalan pembelaan kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu. Ini adalah perbicaraan terbuka dengan menilai kedudukan orang Melayu. Ini persoalan bangsa dan bukan persoalan ideologi politik.Persoalan tersebut tidak memerlukan lagi sinopsis siapa bersalah kerana kesalahan itu melibatkan semua, kepimpinan Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Kesalahan ini sudah cukup diketahui dan kemungkinan klimaks kesalahan orang Melayu hari ini adalah ketirisan kuasa yang dipegang.Hari ini akan terjadi satu petunjuk baru mengenai ketirisan kuasa kerana ketirisan kuasa ini menambah lagi satu lagi bentuk kekurangan untuk orang Melayu. Penghakisan ini amat membimbangkan. Persoalan kesamarataan yang dituntut sebenarnya menghakis hak yang ada. Menuntut ketuanan rakyat kononnya untuk menunjukkan liberalis yang ada sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang tidak menguntungkan bangsa. Ini perlu di sedarkan agar kita tidak terikut dengan konsep kesamarataan sebagai satu keadilan. Kita perlu menilai di mana Melayu berada dan apa sebenarnya yang perlu dipertahankan sebagai hak Melayu. Kontrak sosial adalah kontrak sepanjang hayat yang perlu kita tegaskan dengan penjelasan konkrit. Isu ketidakadilan tidak timbul dan isu diskriminasi juga tidak timbul dalam kita melalui perkembangan bangsa khususnya dalam soal-soal kebajikan dan pendidikan. Pegagan ekonomi oleh kaum lain menunjukkan diskriminasi yang di katakan wujud hanya satu kesimpulan politik.
Ketuanan Rakyat adalah satu justifikasi palsu yang sebenar berhasrat untuk membawa politik idealisme Pakatan Rakyat di terima secara total oleh kaum lain sementara bertindak untuk kekal memecahbelahkan Melayu untuk tujuan memperoleh kuasa. Tindakan ini amat merugikan dan perlu kita sedarkan. Tuduhan berterusan mengenai “salah siapa” tidak seharusnya berpanjangan tetapi memperkasakan rakyat untuk memilih dan memahami perlu dilaksanakan. Tindakan menjual-bangsa untuk kuasa adalah sat pengkhianatan. Ini perlu kita tolak dan sekali lagi penjelasan mereka adalah perlu.UMNO pada am juga telah melakukan kesalahan. Kesilapan dan sikap prioriti yang salah adalah punca-punca UMNO berada di mana ia berada sekarang ini. Menjaga kepentingan sekelompok tertentu menjadikan kredibiliti UMNO tergugat dan unsur-unsur kompromi melampau untuk memegang kepimpinan dalam UMNO melukakan UMNO dari aspek demokrasi. Ini adalah punca pengasingan Melayu baru terhadap UMNO tetapi kewujudan UMNO sebagai simbol kekuatan Melayu perlu ada sungguhpun sudah terhakis.
UMNO memang perlu berubah dan perubahan itu tidak akan menarik legasi lama untuk singgah semula dalam masa terdekat. Banyak usaha perlu diambil khususnya untuk menaturalisasikan konon-konon kepentingan meninggalkan ketuanan Melayu dan mendukung Ketuanan Rakyat. Soalan Melayu perlu ditangani dan soal meningkatkan martabat Melayu perlu menjadi prioriti semua Melayu.Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini?
posted by Anuar Mohd Nor at 11:08 AM

29 Comments:
Keris Panca Delima said...
Assalamualaikum;"Bumi Dipijak Milik Orang" -menarik bunyinya bila diungkapkan; tersirap darah membuak semangat utk menghunuskan keris pesaka berbekalkan semangat Datuk MaharajaLela,Mat Kilau dan Tok Janggut seangkatannya; bagaimana mungkin ini terjadi di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Tercari cari dimanakah silap bangsa warisan nenek moyangku ini yg meninggalkan tanah air ini utk anak cucu mereka. Hentikan dulu pertarungan ; simpanlah keris pusaka itu dulu,ikut petua hulubalang melayu lama; gunakan akal bukan tenaga dan insafilah diri sendiri cari & cari dimanakah silapnya.Salah silap selalu terhidang di depan mata; dek kerana DiBUTAkan ILMU, diajarkan TAMAK HALOBA, di TANAM HASAD DENGKI, didengarkan ALUNAN MENDAYU syurga DUNIAWI dan SIKAP KHIANAT TAK TERPERI maka anak cucu melayu hari ini ibarat melukut ditepi gantang. Hidup kebanyakkan mengharap belas ikhsan kadangkala DIHERDIK kerana tak habis habis nak mintak bantuan. Cukuplah & percayalah kalau mereka pahlawan melayu itu masih hidup NESCAYA kita inilah yg akan ditusuk keris bukan kepalang.Mungkin dan bersyukur kepada Allah yang masihkan tinggalkan sedikit kuasa pada umat melayu kita pada hari ini; anggaplah ini satu pengajaran sebagaimana diturunkan Tsunami UNTUK KITA BELAJAR bermuhasabah..ingat allah dan pegangan kita.Ini cuma satu ujian yg mudah dariNya..kembali ke pangkal jalan..itu penyelesainnya.Mengapa perlu diporak-perandakan lagi keadaan salahkan parti itu ini; tengok DIRI SENDIRI, KELUARGA SENDIRI dan SAUDARA SENDIRI. Diperincikan seperti berikut;1. HAK MENGUNDI-adakah kita mengambil serius perkara ini atas kita, anak2 kita & saudara kita; Tak Kira nak pangkah ape..tapi sudahkah kita mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan & mendidik serta MEWARISKAN perkara ini. Kalau ini gagal X PAYAHLAH nak cakap pasal ketuanan melayu.Cuba tanya bangsa lain..2. JUAL UNDI-ini adalah maruah org2 melayu. Jgn Marah..percayalah ini memang realiti..HAK BANGSA MELAYU boleh dijual beli. Adakah kita telah berpesan2 kepada kita sendiri dan waris2 bahawa ini adalah maruah org melayu.sekali lagi ditekankan pendidikan dan ilmu sekali lg memainkan peranan disini iaitu keupayaan berfikir.Sesungguhya benarlah tafsiran Surah Al Asr itu.3. PENGKHIANAT BANGSA-Siapa dia? Bangsa Ape? Siapa yg menajui kerajaan selama ini? Ape mereka Buat utk agama bangsa & negara? Macamana mereka boley kaya raya sedangkan kita miskin dan sederhana semata2..hak siapa digunapakai itu..ITU YG PATUT KITA TANYE..bila dah susah macamni dibuak buakan ketuanan melayu..PATUTKAH? Perasuah masih terbela;Pembela masih dilaga2kan.Tanya bangsa lain tengok di kata ape..LU MAU JUAL GUA BELILAH..4. PERKARA ILMU- ini perkara yg datang secara formal dan tidak formal. Sesungguhnya inilah perkara yg akan menjamin KETUANAN MELAYU ini..Ape pemimpin melayu buat, berita disekat2,majlis ilmu ditapis2 HIBURAN DIPERBANYAKAN, bangsa siapa yg jadi lalai, rempit , dadah, zina, arak..memnangis kerana AF,OIM dan tah ape 2 lg bkn sebab yg membawa kepada warisan ketuanan melayu. Macamana nak ade jati diri ..aku ingat kayu jati tu lg bagus sebab boleh buat duit.aku ingat cukuplah sampai sini dulu..nak semayang maghrib..insyallah semoga mendapat ilmu sedikit dari tulisan ini .Salam

No comments: