Thursday, May 8, 2008

Syor pindah kekayaan milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada orang Melayu.

WALAUPUN Melayu menguasai politik, tidak banyak perubahan dari segi ekonomi dapat dilakukan sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Presiden Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian (PBWBH), Dr Alias Mohammad, berkata kerajaan sekarang, pimpinan orang Melayu melalui Umno perlu segera bertindak untuk memindahkan kekayaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada orang Melayu. "Pemindahan kekayaan ini dalam bentuk memberikan kuota projek kepada kontraktor Melayu. Nyatakan saja berapa peratusan kontrak yang diberikan kepada orang Melayu.
"Mengapa kita perlu takut? Kerajaan perlu telus dalam hal ini...keistimewaan orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan negara, semua orang tahu termasuk kaum lain," katanya membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Kedaulatan Ekonomi Melayu’, semalam Beliau berkata, semua parti yang berteraskan orang Melayu perlu duduk dan bekerjasama dalam mencari penyelesaian bagi meningkatkan tahap ekonomi Melayu, bukannya terus mengadakan pakatan dengan parti daripada kaum lain. "Kita sedar perlu ada pakatan dengan parti kaum lain, tetapi janganlah ia mengabaikan perjuangan untuk memartabatkan hak orang Melayu," katanya.

No comments: