Saturday, May 3, 2008

Kerajaan Perlu Tangani Segera Perpecahan Melayu Elak Ekonomi Terjejas

KOTA BAHARU, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan perlu bertindak tegas menangani bibit-bibit perpecahan orang Melayu yang mungkin membawa kepada terjejasnya ekonomi kaum ini.Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata tindakan segera bukan sahaja menjamin masa depan orang Melayu tetapi ekonomi kaum ini terus kukuh."Sebagaimana yang kita maklum kekuatan ekonomi orang Melayu bergantung kepada kekuatan politik orang Melayu itu sendiri," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.Beliau berkata perpecahan yang berlaku pada 1997 hanya menjejaskan ekonomi golongan korporat berikutan kejatuhan harga pasaran saham dunia yang tidak melibatkan golongan bawahan.Katanya kegawatan yang berlaku sekarang melibatkan ekonomi masyarakat bawahan seperti beras dan minyak dan tidak menjejaskan golongan korporat dan orang kaya."Golongan jutawan tidak terasa dengan kenaikan harga minyak, beras dan gandum di pasaran sekarang tetapi kumpulan bawahan yang terasa," katanya.Ini menampakkan perbezaan yang berlaku pada tahun lepas dan tahun ini antara golongan berada dan tidak berada terutama masyarakat bawahan yang perlu ditangani dengan bijak.Menurutnya kerajaan tidak boleh lagi berlengah dalam menyelesaikan kemelut yang mungkin menyebabkan orang Melayu menghadapi cabaran hidup yang lebih gentir berikutan kenaikan harga barang keperluan di pasaran.Sehubungan dengan itu beliau mencadangkan perpaduan Melayu dijadikan tunggak ke arah mengembalikan kekuatan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi agar tidak terseksa di negara sendiri.Mengenai pendirian politik orang Melayu yang berbeza seperti Umno dan PAS bukan perkara yang perlu dijadikan halangan tetapi matlamat perlu jelas untuk mengembalikan kekuatan politik kaum ini."Kalau sepanjang 50 tahun merdeka, orang Melayu masih pada tahap lama lagi bermakna kefahaman itu perlu dipecahkan dan kerjasama menjadi tunggak utama," katanya.

No comments: