Saturday, November 1, 2008

YANG PERTAMA ....


Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah dapat pencalonan sulung untuk bertanding jawatan Presioden UMNO.Pencalonan sebulat suara itu adalah dari bahagian yang diketuainya sendiri iaitu UMNO Bahagian Gua Musang yang bermesyuarat hari ini.Tidak kurang menarik bahagian itu calonkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad sebagai Timbalan Presiden.Naib Presiden pula bahagian itu calonkan bekas Naib Presiden Tan Sri Isa Samad, Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifudin Omar.

Sementara itu Sahrir ketika dihubungi Agendadaily untuk mengulas pencalonannya sebagai Timbalan Presiden oleh UMNO Gua Musang berkata,” Saya tidak sangka diberi pengktirafan yang begitu tinggi oleh UMNO Bahagian terkemuka itu.” Beliau tetap tegaskan tidak akan bertanding jawatan itu seperti yang dinyatakan sebelum ini. “Saya rasa tidak layak untuk bertanding jawatan lebih tinggi daripada Majlis Tertinggi UMNO, katanya.

No comments: