Tuesday, November 4, 2008

Jika Ali Rustam, Muhammad Taib dan Khairy menang

JIKA Ali Rustam atau Muhammad Taib dipilih menjadi Timbalan Presiden dan Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, maka jelaslah bahawa wang menguasai UMNO dan UMNO pasti akan pupus kerana politik wang. UMNO akan terbukti tidak menyempurnakan hasrat akar umbinya dan tidak menghayati harapan rakyat terbanyak, akan nyatalah mereka yang menjadi perwakilan lebih mementingkan untuk mengumpulkan wang daripada mengumpul sokongan rakyat.

KETUA Menteri Melaka, Datuk Sri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bagitu ghairah hendak mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac tahun depan.

Wartawan-wartawan terkemuka dan penganalisis politik di akhbar Inggeris dan Melayu tidak memberikan simpati atau sokongan kepada kedua calon ini kerana menilai mereka bukan kualiti untuk Timbalan Perdana Menteri. Tulisan mereka bukan berasaskan sentimen, prejudis atau kepentingan diri, tetapi memberikan pandangan sebagai telinga dan mata rakyat dari semua lapisan.

Anggapan bahawa Allahyarham Tun Ghafar Baba telah menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak memberikan justifikasi kepada Ali Rustam untuk mengambil tugas yang sama. Ketokohan Ghafar sebagai tokoh nasional, veteran UMNO dan pejuang kemerdekaan jauh bezanya dengan Ali Rustam. Selain daripada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambilalih negara dalam keadaan parti yang lemah dan ekonomi yang meruncing. Najib memerlukan timbalan yang berkaliber antarabangsa dan nasional untuk membantunya tidak sahaja dalam negara tetapi di luar negara.

Selain daripada itu, kedua-dua calon yang bakal mencabar Muhyiddin mengetahui sendiri bahawa sekiranya mereka terpilih akan akan menimbulkan masalah perundangan untuk proses pelantikan sebagai Perdana Menteri .

Mohd Ali Rustam perlu bertanding untuk kerusi Parlimen dan bagi Muhammad Taib pula kedudukannya sebagai Senator hanya akan menjadikannya Timbalan Perdana Menteri "lame duck" kerana tidak mempunyai locus standi untuk memangku jawatan Perdana Menteri .

Apakah perwakilan UMNO tidak boleh memberikan suatu laluan yang licin bagi perubahan pucuk kepimpinan yang licin dan boleh meyakinkan rakyat Malaysia dan juga dunia?

Khabar-khabar tidak sah yang mendakwa Presiden UMNO menyokong Ali dan Muhammad tidak seharusnya mempengaruhi perwakilan kerana kedudukan telah berbeza selepas kemenangan Najib tanpa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO. Yang akan menghadapi masalah kelak ialah Najib dan bukan lagi Abdullah Badawi. Adakah dua orang ini harus dijadikan masalah dalam keadaan parti yang lemah dan ekonomi negara yang sedang tergugat?.

Pemilihan paling rasional untuk menjadi Timbalan Presden UMNO bagi kepentingan masa depan UMNO, bangsa dan negara tentunya Tan Sri Muyiddin Yassin. Beliau telah pun mendapat sokongan yang melayakkannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Ali dan Muhammad Taib masih mencari sokongan.

Ditakdirkan Ali Rustam atau Muhammad Taib menang dalam mencabar Muhyiddin pada pemilihan Mac tahun depan maka ini akan mengesahkan anggapan rakyat di luar UMNO bahawa UMNO tidak lagi mempedulikan perasaan rakyat.

UMNO akan terbukti tidak menyempurnakan hasrat akar umbinya dan tidak menghayati harapan rakyat terbanyak, akan nyatalah mereka yang menjadi perwakilan lebih mementingkan untuk mengumpulkan wang daripada mengumpul sokongan rakyat.

Jika Ali Rustam atau Muhammad Taib dipilih menjadi Timbalan Presiden dan Khairy Jamaluddin di pilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, maka jelaslah bahawa wang menguasai UMNO dan UMNO pasti akan pupus kerana politik wang.

Masih ada peluang untuk UMNO membuktikan bahawa UMNO mahu berubah.

No comments: