Apabila Lim Kit Siang berkali-kali mencabar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Axmi Khalid memberi penjelasan hasil laporan jawatankuasa itu mengenai pembelian helikopter Eurocopter, tindakannya menimbulkan tandatanya.

Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur itu sebelum ini pernah meminta Azmi membuat penjelasan itu selepas PAC selesai bersidang meneliti kontroversi pembelian 12 unit Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion pada 3 November lalu.

Lim terus membangkitkan isu dan mempersoal kewibawaan PAC termasuk Azmi di dalam di luar persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Tindakan itu menimbulkan persoalan termasuk oleh Azmi sendiri mengapa Lim mempertikai PAC sedangkan jawatankuasa berkenaan turut diwakili oleh pemimpin DAP, PKR dan PAS.

Selepas Azmi tidak melayan cabarannya itu di dalam Dewan Rakyat, beliau memanjangkan itu berkenaan dalam sidang media di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, sedang asyik beliau menjawab soalan wartawan, Azmi dan seorang lagi jawatankuasa PAC, Datuk Abdul Rahman Dahlan berdiri di belakang Lim mendengar ahli parlimen it terus mempersoalkan peranan PAC.

Menyedari kehadiran Azmi, Lim kemudian berhenti menjawab soalan dan meminta pengerusi PAC itu memberi penjelasan mengenai isu Eurocopter tersebut.

Menurut Azmi, beliau bertanggungjawab memelihara imej PAC dan tidak boleh memihak kepada kerajaan mahupun pembangkang.

“Sebab itu saya tidak mahu berdebat dengan Ipoh Timur (Lim) Cuma kita dan arah laporan itu dipercepatkan dan dijanjikan kepada saya dua atau tiga hari kerana sedang disiapkan untuk diedarkan,” katanya..

Katanya, setiap kali mesyuarat PAC dibuat, laporannya dibuat secara verbatim dan rumusan juga akan dilaporkan.

Azmi berharap anggota pembangkang bersabar menunggu laporan itu dikemukakan di Dewan Rakyat dan menggunakan peluang itu untuk membangkitkan sebarang isu berkaitan dengan pembelian Eurocopter itu.

Menurut Azmi, laporannya sebelum ini dibuat berdasarkan apa yang dibincangkan dalam jawatankuasa secara umum bukannya secara lengkap.

PAC pada mesyuaratnya 3 November lalu memutuskan, tiada penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter itu.

Penjelasan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan selama dua minggu di peringkat teknikal dan kewangan, mendapati prosedur pembeliannya adalah mengikut tata cara yang ditentukan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa.

“Saya harap Ipoh Timur bersabar tunggu laporan itu tapi janganlah serang apa-apa sebelumnya,” ujar beliau sebelum meninggalkan siding media yang diadakan Lim.

Untuk makluman, selain Azmi jawatankuasa PAC turut diwakili DAP terdiri daripada Dr. Tan Seng Giaw dan Tony Phua, PKR diwakili Kamarul Baharin Abbas. Willian Leong Jee Keen dan PAS oleh Datuk Kamaruddin Jaafar,

Wakil BN pula adalah, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Ah Eng, Ir.Hamim Samuri, Datuk Seri Panglima Mojilip Bumburing@Wilfred, Liang Teck Meng, Alexander Nanta Linggi, Lee Chee Leong serta Abdul Rahman.

Jadi pastinya pelik apabila Lim terus bising mengenai ketelusan PAC sedangkan lima wakil pembangkang berada dalam senarai jawatankuasa PAC.

Maka timbul tandatanya dan tanggapan beliau bising isu itu sekadar mencari publisiti!