Thursday, November 6, 2008

Fikiran Cetek Seorang Pemimpin MCA ?

Penulis bukan mahu menjolok 'sarang tebuan' tetapi pandangan Presiden MCA perlu ditegur kerana ianya menunjukkan kecetekan beliau di dalam memahami, membeza dan menyamakan satu perkara yang nampak sama tapi sebenarnya, jauh berbeza.

DS Ong Tee Keat berkata bahawa sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman dan beliau juga berkata, "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)."

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih."

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS".

Satu soalan mudah untuk Ong Tee Keat, apakah beliau benar-benar faham mengenai struktur kewarganegaraan di Amerika Syarikat?

Realitinya, kita tidak ada masaalah dengan perbandingan perkauman di antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang dibuat oleh Ong Tee Keat.

Tetapi, tahukah Ong Tee Keat bahawa persepsi perkauman rakyat Amerika Syarikat sekarang terbentuk oleh beberapa perkara yang tidak mungkin di lakukan di Malaysia dek ketebalan sesetengah kaum yang mahu mempertahankan identiti bangsa mereka.

Di Amerika Syarikat :-

1. Wujud satu sistem persekolahan tanpa wujud sekolah aliran Cina atau bangsa lain.

2. Penekanan dan penerimaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

3. Rakyat berbeza kaum tetapi kebanyakkannya sama agama.

Kepada Ong Tee Keat, apakah beliau berani untuk memulakan sendiri langkah untuk me'malaysia'kan rakyat malaysia dengan menasihatkan bangsa beliau untuk menutup semua sekolah jenis kebangsaan Cina?

Apakah beliau berani untuk menegur bangsa beliau supaya menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia serta menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa harian ?

Apakah akan berlakunya penyamaan agama di antara rakyat Malaysia?

Jika Ong Tee Keat benar-benar mahu membebaskan diri daripada belenggu isu perkauman, lakukanlah perkara seperti di atas dahulu.

Jika tidak mampu, beliau patut berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang beliau sendiri tidak mampu lakukan.

No comments: