Sunday, November 23, 2008

Jamaluddin dilantik Pengurus Liga Super Perak




KUALA KANGSAR 23 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melantik Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi yang kini menghadapi tuduhan rasuah, sebagai Pengurus Liga Super yang akan bermula 3 Januari depan.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Mohammad Nizar yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) yang baru, selepas mempengerusikan mesyuarat majlis persatuan itu di Bangunan Perak FA di sini semalam.

Ia merupakan mesyuarat pertama Majlis Perak FA selepas kongres tahunannya yang ke-51 berlangsung pada 15 November lalu.

Jamaluddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri kini menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah bersama dengan seorang lagi Exco, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini pada Ogos lalu.

Mengulas mengenainya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menyifatkan pelantikan Jamaluddin membuktikan kerajaan pakatan pembangkang tiada integriti.

"Mereka hanya pandai bercakap. Sepatutnya mereka mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang didakwa di mahkamah dan tidak teragak-agak mengenakan hukuman," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, pemimpin berintegriti akan melepaskan jawatan mereka sementara waktu jika didakwa di mahkamah.

"Selama ini mereka laungkan prinsip integriti kerana jika kesalahan orang lain terutama orang BN, mereka sibuk mempertikaikan.

"Tetapi apabila berlaku kepada orang mereka, kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan sedemikian,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Nur Sejahtera Kanser Pangkal Rahim anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

'Seks & duit': 2 exco Perak dicekup BPR
Aug 20, 08 12:19pm





Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

perak exco aca arrest 200808 mohd osman mohd jailuKedua-duanya adalah Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

perak exco aca arrest 200808 jamaluddin mohd radziManakala Jamaluddin (kanan sekali) ditahan pada jam 10.30 pagi ketika dia menyerah diri kepada BPR. Dia diteman peguamnya.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

No comments: