Sunday, November 2, 2008

Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa…


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang portfolio tugasnya jaga urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia melihatnya dari sudut yang berbeza.

Mungkin atas sebab itu beliau tenang-tenang saja semasa bercakap tentang senario sidang Dewan Rakyat nanti dengan adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai pembangkang menerusi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Hingga setakat ini semua ramalan tentang pilihanraya kecil di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat itu terus memihak kepadanya.

“Baguslah”,kata Nazri dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Isnin.

Maksud bagus itu adalah dalam kontek mereka kelak akan dapat berentap dalam pentas yang sama.

“Kalau tidak nanti…kalau kita bercakap dalam Dewan, kata tidak adil kerana dia tidak ada di situ untuk membela diri dia. Bagi saya elok dia duduk dalam Dewan supaya kita akan dapat secara langsung jawapan daripadanya dalam kes-kes tertentu,“ katanya.

Menurut Nazri kehadiran Anwar dalam Dewan Rakyat juga akan membolehkan para Ahli Parlimen Barisan Nasional bertanya kenapa dulu semasa di dalam kerajaan dia tidak melakukan apa yang dia minta kerajaan buat sekarang.

“Kalau dia kat luar dia cakap dalam ceramah dan kita tak boleh nak jawap. Dalam Dewan kita boleh tanya dia…lagi baik,” ujarnya.

No comments: