Wednesday, November 12, 2008

Shahrizat perlu ikut jejak Dr. Siti Zaharah


TOLAK KEPIMPINAN DIKTATOR WANITA UMNO !



PADA pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 1996, berlaku kejutan politik dalam negara apabila Exco Pergerakan Wanita UMNO, Dato’ Dr Siti Zaharah Suleiman membuat kenyataan terbuka bertanding melawan ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz. Pada ketika itu Rafidah bukan sahaja berhadapan dengan sebilangan ketua-ketua wanita bahagian menyokong Siti Zaharah juga ketua-ketua bahagian mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan pergerakan itu.

Atas slogan ‘reformasi’ dan ‘nafas baru’ pergerakan Wanita , Siti Zaharah memakai uniform kalis peluru terus membulatkan tekad bertanding mencabar Rafidah walau apapun berlaku. Biarpun pada waktu itu tentangan orang-orang kanan Rafidah begitu hebat mengasak Siti Zaharah namun cucu Datuk Bahaman itu tidak gentar.

Malah saya sendiri pernah bertanyakan dengan Zaharah apakah beliau tidak takut kehilangan kerusi Timbalan Menteri Kesihatan andaikata beliau kalah sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO? Jawabnya ringkas,’’ Saya sudah bersedia meninggalkan bilik ini (pejabat Timbalan Menteri Kesihatan) .’’ Begitulah antara tekad dan keazaman Zaharah untuk mencabar Rafidah pada tahun itu.

No comments: