Monday, December 1, 2008

Guan Eng tidak berganjak



PULAU PINANG- Kerajaan negeri tetap meneruskan pemasangan papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang walaupun terdapat pihak yang cuba mensabotaj tindakan itu, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, terdapat pihak yang cuba merosakkan papan tanda yang dipasang di sekitar Lebuh Acheh, pagi ini.

"Dua papan tanda di Lebuh Acheh dirosakkan dengan cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, langkah kerajaan meletak papan tanda nama jalan dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi selain bahasa Melayu adalah sebahagian usaha menarik pelancong asing ke negeri ini.

Pemasangan papan tanda pelbagai bahasa sejak Jumaat lepas menimbulkan kontroversi apabila terdapat pelbagai pihak yang menentangnya.

No comments: